Sunday, July 31, 2011

Ramadhan 1 Permulaan

Salam Ramadhan Al-Mubarak semua.. dalam sedar tak sedar kita telah kembali ke bulan Ramadhan sekali lagi.. Alhamdulillah syukur kita masih diberi kesempatan untuk bertemu bulan penuh kerahmatan ini..


bulan Ramadhan ini akan menjadi 1 permulaan baru dalam hidup aku..
"tutup buku lama n buka buku baru.."


mungkin orang akan bertanya kenapa setelah begitu lama?
jawapan aku 1, "aku telah bersedia.."


adakah masih kepada dia?
"mungkin ya, tetapi lebih kepada tidak.."


jadi kepada siapa?
"kepada insan yg btl mngenal erti kasih, sayang, cinta, n menghargai 1 sama lain"


pernah aku ceritakan dulu, aku ingin mencari "cikgu syuhada" yg dpt membimbing aku ke jalan yg di Redhai-Nya.. Di mana "cikgu syuhada" ini berada..? dan siapa "cikgu syuhada" ini..? semuanya masih belum di tunjukkan secara jelas kpd aku.. tapi aku yakin dia berada di luar sana..InsyaAllah satu hari nanti kita akan berjumpa juga......"cikgu syuhada.."

Tuesday, July 26, 2011

mungkin...

siapa yg tak pernah menyakiti,siapa yg  tak pernah disakiti...
dalam sedar atau tidak kita tak berupaya memuaskan hati semua org..
tapi mungkin org yg sedang kita puaskn hatinya itu sebenarnya orang yang salah..


mungkin kita tidak sedar kita sedang menyakiti hati seseorang setiap hari..
sehingga orang itu tidak lagi peduli pasal perbuatan kita kepadanya..
bukan dia menerima segala perbuatan kita, tapi mungkin dia akan menghindari kita..
mungkin sampai di satu tahap kita terlalu menyakitinya, sehingga dia berasa batas itu telah sampai..
mungkin di hadapan kita dia masih tersenyum, tapi luka di hatinya akan terus mengalir tanpa kita sedari..


tapi mengapa orang itu tetap membiarkan hatinya terus disakiti?
mungkin kerana dia tidak mahu kita tersinggung kalau dia menegur kita..
mungkin kerana dia mahu kita belajar menghargai orang..
mungkin kerana dia tahu yang kita tidak sedar perbuatan kita sedang menyakiti dia..
mungkin kerana dia mahu mengambil masa sebelum dia mahu menyedarkan kita..


samaada kita mahu terus menyakiti atau disakiti, terpulang pada kita.. jangan jadi hamba pada perasaan sendiri, jika anda perlukan ruang, just go for it.. dont waste your time.. hehehe


"to guys out there, always remember 27:1.. hehehe"