Wednesday, June 29, 2011

cinta durian (malay version)

bg ak, cinta 2 umpama durian.. utk merasai kemanisan isinya, kita perlu melalui pelbagai halangan n rintangan..
bermula dgn menanam benihnya.. risikonya samada benih itu akan bercambah atau akan terus kecut dan akhirnya berkubur di mamah bumi.. dan jika tunasnya telah tumbuh, kita perlu menjaganya supaya terus membesar dan subur.. apabila pokok itu telah cukup matang utk berbuah, kita perlu membajanya supaya pokok itu akan menghasilkan buah yg elok.. dan apabila buahnya sudah luruh, kita kena cepat mengambilnya supaya tidak di ambil orang.. meskipun buah itu telah berada di jagaan kita dan sudah boleh dirasai isinya, kita perlu membelahnya.. barulah kita dapat merasa isinya yg mmg lazat itu..


begitu juga dengan cinta.. kita tak boleh terus mengharapkan sesuatu hubungan itu menjadi atau berkekalan walaupun sememangnya kita ikhlas menyayangi atau menyintai.. kita perlu menanam bait2 perasaan itu di dalam hatinya.. menjaga hubungan itu sebaik2nya.. meletakkan kasih syg spnuhnya.. n akhirnya kta akan dpt merasa kemanisan cinta itu..


jika benih yg kita cuba tanami itu tidak bercambah atau hasilnya tidak semanis yg kita harapkan.. cari kesalahan diri kita dlu.. mgkin cara kita menanam benih itu tidak bersesuaian atau cara kita menjaga percambahan benih itu sambil lewa saja.. tetapi jika kita tlh yakin dan pasti tiada kekurangan pd kita, itu bermakna tempat yg kita pilih utk menanam benih cinta itu mmg bkn milik kita dan tanamlah benih itu di tempat yg lebih sesuai.. kerana percayalah, berapa kali kita cuba utk tanam benih di tempat yg bukan milik kita itu, hasilnya tidak akan berubah.. ttp jika betul la tmpt yg kita pilih itu, benih itu akan sndirinya bercambah dan menghasilkan sesuatu yg indah utk kita..

No comments:

Post a Comment